Wednesday, 20 January 2016

Dunia vs Akhirat


    Segelintir manusia berpandangan bahwa dunia dan akhirat harus seimbang. Tidak boleh meninggalkan dunia dan tidak juga meninggalkan akhirat. Dunia yang dimaksud disinilah adalah kehidupan seperti harta, pangkat, kedudukan dan sebagainya, manakala akhirat pula lebih mencondong kearah agama, amal kebaikan, pahala dan sebagainya. Betulkah dunia dan akhirat seseorang muslim itu harus seimbang?

    Sebelum kita melangkah lebih jauh, mari kita perhatikan beberapa ayat Al-Quran yang mengatakan tentang dunia dan akhirat.

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُالْآَخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? (QS Al-An’aam ayat 32)


انْظُرْ كَيْفَ فّضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَلَلْأَخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَتٍ وَأكْبَرُ تُفْصِيْلاً
Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya. (QS Al-Isra' ayat 21)


وَلَلآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلأُولَىٰ
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. (QS Ad-Dhuha ayat 4)

Dari ayat-ayat diatas kita dapat merumuskan bahwa dunia dan akhirat itu tidak sama dan maksudnya keduanya tidak boleh seimbang. Kalau kita ambil neraca penimbang, akhirat itu harus lebih berat daripada dunia.

    Dunia ini hanyalah sesuatu yang fana dan sementara. Jika kita mengejar dunia, kita tidak akan mampu mendapatkan keseluruhannya. Di dalam Al-Quran disebutkan bahwa dunia adalah tempat permainan yang menipu. Dunia hanyalah tempat persinggahan sementara bagi seluruh manusia untuk diuji keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T. Apakah kita lulus dengan ujiannya atau tidak? Jika kita lulus, maka syurga adalah hadiahnya, jika gagal, maka sebaliknya.

    Dunia adalah jalan menuju akhirat yang mana semua manusia harus melaluinya sebelum menuju akhirat yang kekal abadi. Dunia tidak boleh ditinggalkan kerana ia adalah proses, tapi proses ini banyak gangguan dan godaannya. Dengan perilaku dan kegiatan yang dapat memesongkan jalan kita dari tujuan asalnya. Sebagai contoh, kita dari KL nak ke airport, dalam perjalanan ke airport, banyak bangunan-bangunan megah yang terlihat, banyak mall-mall, permandangan yang indah yang membuat kita berhenti, shopping dulu, selfie-selfie dulu sehingga membuat kita lupa bahwa kita mau ke airport. Tanpa disedari waktu terus berjalan sampailah kita tertinggal flight. Sama dengan dunia, dunia banyak membuat kita lalai sampai kita lupa dengan tujuan sebenar kita. Lupa dengan Allah, kebanyakan dari kita hanya mengingatnya ketika susah, ketika perlu saja, selebihnya seperti Allah S.W.T itu tidak wujud. Di dalam Al-Quran telah disebutkan

يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآَخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ
Mereka hanya mengetahui yang lahir/material (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai. (QS Ar-Ruum ayat 7)

    Kerjakan duniamu untuk akhiratmu bukan dunia untuk dunia. Bezakan diantara dua ini. Rasulullah S.A.W adalah contoh teladan yang paling mulia. Beliau mempunyai kedudukan, pangkat, harta, kemasyhuran, tapi apakah beliau sombong, takabbur, riya', tidak sama sekali. Kalau mau kita berfikir, Rasulullah S.A.W sangat berpotensi untuk melakukan semua jenis penyakit hati itu. Beliau mampu untuk membangun rumah mewah, beliau mampu memakai pakaian-pakaian yang mahal, beliau mampu untuk makan yang sedap-sedap, tapi apakah beliau melakukan itu? tidak sama sekali. Apakah Rasulullah S.A.W tidak mampu (miskin)? Kalau pun Rasulullah miskin, beliau masih mampu meminta kepada sahabat-sahabatnya yang kaya raya seperti Ustman. Kalau tidak pun, Rasulullah mampu untuk meminta kepada malaikat ataupun langsung kepada Allah S.W.T. Tapi satu pun tidak dilakukan oleh Rasulullah kerana sifatnya yang zuhud, sederhana dan merendah diri.

    Ada satu kisah ketika Rasulullah pulang ke rumah bertanya kepada Aisyah, wahai Aisyah ada makanankah yang boleh untukku makan? aku belum makan. Aisyah berkata, tidak ada ya Rasulullah. Rasulullah S.A.W pun menjawab, tidak apa, jadi hari ini aku berpuasa. Rasulullah S.A.W pernah mengikat perutnya sampai mengganjalkan perutnya dengan batu kerana lapar. Walaupun Rasulullah S.A.W lapar, tapi beliau tidak pernah meminta-minta.

    Dari kisah dan contoh daripada Rasulullah S.A.W tadi, beliau lebih mementingkan akhirat daripada dunia. Dunia hanyalah lapangan untuk meramal soleh, oleh itu jangan sampai kita dilalaikan dengan godaan dunia. Apalagi sekarang hidup dizaman yang serba maju dan modern. Makannya maunya di McD, minumnya maunya di Starbucks, HPnya Iphone 6s, semuanya serba mahal dan tidak terlepas dari sifat riya' dan takabbur disitu. Menjadi manusia sederhana tidak bermakna kita miskin. Mempunyai kekayaan dan harta itu harus, tapi hendaknya digunakan untuk akhirat, seperti bersedekah, membangun masjid, sekolah dan sebagainya.

    Dekatkanlah diri kepada Allah S.W.T dan mencuba untuk mencintai-Nya. Karena kecintaan kepada Allah lah yang akan membawa kita kepada masa depan akhirat yang cerah. Seperti Rabiyatul Adawiyah (Sufi perempuan pertama) pernah berkata "Aku mengabdi kepada Allah bukan kerana aku takut akan neraka-Nya dan bukan juga kerana syurga-Nya, tapi aku mengabdi kepada-Nya kerana aku mencintai-Nya". Disinilah kenikmatan yang sebenarnya seperti sepasang kekasih yang sedang kemaruk asmara. Memang tidak mudah untuk mencapai ketahap itu, tapi setidaknya kita mencuba mendekatkan diri kepada-Nya dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Tinggalkan dosa besar, kemudian kecil dan hal-hal yang syubhat, In Shaa Allah akan membuat kita tenang didunia apalagi nanti di akhirat.

Allahu A'lam Bissowab
Semoga bermanfaat

Sumber :
- Al-Quran Al-Karim
- Prof. Dr. H. M. Amin Syukur, M.A, Menggugat Tasawuf : Sufisme dan Tanggungjawab Sosial
- M. Subkhan Anshori, Lc, M.Si, Tasawuf dan Revolusi Sosial
- Mata Kuliah Ilmu Tasawuf oleh Dr. Nur Hadi Ihsan MIRKH, dosen UNIDA GONTOR

1 comment:

  1. Buku Menggugat Tasawuf yg ditulis oleh Prof. Dr. H. Amin Syukur, M.A, (yg tertulis sbg sumber tulisan ini) penulis ingin mengatakan bahawa penulis menolak dan tidak bersetuju dalam Bab IV: Jawaban Tasawuf Terhadap Problema Sosial, C. Tanggung Jawab Sosial Abad XXI, 4. Tanggung jawab pluralisme agama, hal. 118-121. Terima kasih

    ReplyDelete