Tuesday, 12 January 2016

AF vs I2M (BF-Selfie)

          Kecoh baru-baru ini di laman sosial disebabkan oleh sindiran atau teguran Amran fans (AF) kepada ibu-ibu muda (I2M) yang mengupload gambar breast feeding (bf) selfie. Perbezaan padangan yang membuat kedua pihak ini bertentangan apabila pihak perempuan melihatnya positif manakala pihak lelaki pula melihatnya negatif. Ibu-ibu muda melaporkan hal ini kepada pihak facebook agar AF dihapus dari facebook.

          Sindiran dari AF sekaligus teguran kepada I2M sebenarnya mempunyai niat yang baik tetapi mungkin caranya membuat I2M marah dan mengecam AF. Dengan mengupload gambar-gambar sedemikian membuat publik berfikir negatif dengan mengatakan I2M tidak mempunyai malu malah bangga. Tambahan pula dengan menyatakan inilah tanda-tanda akhir zaman ketika seseorang sudah hilang malunya. Walaupun sebenarnya bahagian yang dimaksudkan tidak terlihat sama sekali dan tertutup dengan pakaian si ibu.

           Pihak I2M ini sebenarnya ingin berkongsi kegembiraannya kerana diberikan karunia anak dan mampu menyusukan anaknya sendiri tanpa ada sebarang masalah. Tidak seluruh ibu di dunia ini yang diberi kesempatan oleh Allah S.W.T mampu untuk menyusukan darah dagingnya sendiri. Kemudian, air susu ibu hanya boleh keluar ketika setelah melahirkan anak dan tidak seumur hidupnya dapat menikmati menyusukan anak. Mungkin I2M ini ingin berkongsi kegembiraan ini dengan ibu-ibu atau perempuan-perempuan yang lain. Tetapi mungkin kesalahan yang timbul apabila di upload ke laman sosial umum yang mana semua jenis kelamin dan semua tingkatan umur dapat melihatnya.

          Manakala, niat baik AF untuk menegur menjadi bencana apabila menegur dengan agak kasar dan tidak berbahasa yang membuat I2M ini naik berang. Menegur itu baik tapi ada caranya. Sebagai contoh, orang yang sakit ingin disuntik ubat supaya sembuh dari penyakitnya, apabila dilakukan dengan kasar, hasil suntikan ubat itu bukan malah menyembuhkan, tapi malah membuat si pesakit bertambah sakitnya. AF bermaksud agar I2M zaman sekarang ini jangan lah sikit-sikit upload, semua benda nak upload. Sampai bagian yang mengundang kontroversi, masalah keluarga, hal peribadi semua nak kongsi dengan publik.

          Yang menjadi point penting permasalahan ini adalah selfie-nya bukan bf-nya. Bf tu adalah keperluan anak, dimana pun boleh jika anak itu memerlukan. Mau di tempat umum, tempat kerja, rumah orang dan sebagainya itu boleh-boleh saja, tapi lebih baik di tempat yang agak tersembunyi supaya ibu dan anak itu merasa lebih selesa. Permasalahan ini menjadi-jadi ketika I2M tambah banyak yang mengupload gambar-gambar bf selfie, bukan malah menerima teguran tapi malah melawan. Tapi memang tak heran la, sebab perempuan ni sejak bila dia boleh kalah kan? Perempuan selalu benar tu memang betul.

          Pihak perempuan hendaklah memahami kondisi pihak lelaki apabila melihat gambar seperti itu pasti di fikirannya akan berubah menjadi negatif dan malah ingin melihat lebih dari itu. Kalau perempuan mengatakan ini hal perempuan, lelaki tak usah ikut campur. Memang ini hal perempuan, tetapi rasa ingin tau (curious) lelaki itu tidak kalah kuatnya dari perempuan. Apalagi di gambar itu ibu-ibu masih muda dan cantik, lelaki pasti berliur melihatnya. Coba bayangkan kalau di gambar itu perempuan tua yang hodoh sedang bf selfie, apa ada lelaki yang mau melihatnya? Pasti tak ada yang mau malah mereka akan merasa jijik. Kes ini mungkin tidak akan terjadi.

           Jadi sekarang siapa yang mau dipersalahkan? AF atau I2M? Lelaki atau perempuan? Kedua-duanya bagi penulis bersalah dalam hal ini. Tapi kes ini tidak akan terjadi jika gambar-gambar itu tidak di upload dan di viralkan. Mungkin ada solusi atau jalan penyelesaiannya jika I2M mau sangat upload gambar-gambar begitu, I2M bolehlah mengupload yang mana lingkungannya hanyalah perempuan, no boys allowed. Manakala yang lelaki pula janganlah menggatal skodeng. Dan jika ingin menegur gunakanlah cara yang benar dan baik kerana teguran itu ibarat ubat yang pahit.

            Tetapi sebaiknya, tidak perlulah mengupload gambar sebegitu rupa kerana ia akan mendatangkan fitnah. TInggalkan benda-benda yang tidak penting dan mengundang fitnah. Dan ingatlah bahawa kita sekarang berada di akhir zaman, zaman yang mana penuh dengan fitnah. Kepada para suami, jaga dan perhatikanlah isteri-isterimu dari sebarang kemungkaran dan kemaksiatan. Memang sebenarnya benda ini bukan maksiat, tapi benda ini menjerumus kepada kemaksiatan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Artinya: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa ang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (At-Tahrim 66:6)

No comments:

Post a Comment