Thursday, 31 December 2015

I'm newbie

"Kalau kamu mau mengenal dunia, Membacalah!
          Kalau kamu mau dikenal dunia, Menulislah!
                   Kalau kamu mau menguasai dunia, Berilmulah!"

Kata-kata ini aku kutip dr seorg dosenku yg paling sangat digeruni dan ditakuti oleh org2 liberal. Beliau adalah Dr. Hamid Fahmi Zarkasyi M.A, M.Phil. Aku tercabar utk menyahut cabaran ini. Aku tau semua itu tak la mudah, tp semuanya itu perlu proses. Mungkin inilah yg dinamakan proses.


          I'm Newbie. Bermula dr bawah itu adalah kemestian. Dengan proses dan perjuangan In Shaa Allah dgn izin Allah, akan sampai pada puncaknya yg d idam2kan. Kritikan, saran, masukan sangat aku harapkan utk meningkatkan kuantiti yg tak terlepas dr kualiti.

          Aku sdh lama mempunyai hasrat utk menulis, tp utk memulakan tu sngt lah sulit. Aku mempunyai banyak pandangan dan pemikiran yg seharusnya aku kongsikan bersama kepada para pembaca. Dengan keadaan dunia yg kelihatannya sdh agak sepuh, permasalahan dan problematika dunia dr segi agama, politik, bisnes, teknologi dan lainnya yg semakin sangat mengkhawatirkan, mungkin dgn cara pandangku yg akan aku kongsikan nanti dpt memberi sedikit pencerahan dan sedikit ketenangan hati walaupun aku bukanlah org yg dpt merubah keadaan yg berlaku, menghakimi atau pn dpt melakukan tindakan. Sekadar "mind to share".

         Manusia diberi akal utk berfikir, maka gunakanlah semaksimal mungkin. Selama itu makhluk ciptaan Allah, selama itu dia berpotensi dlm melakukan salah dan silap. Allah menciptakan manusia yg berbeza-beza agar hidup itu mempunyai bumbu2nya yg unik. Kekadang ada yg suka dan kekadang ada yg tak suka, semua itu kerana citarasanya yg berbeza-beza mungkin atas sebab kebiasaan, pengaruh, fanatik dan lainnya yg membuat sebenarnya bumbu itu sedap tp dianggap tidak sedap.

          Semoga tulisan2 ini membawa manfaat kpd agama, bangsa, masyarakat dan negara dgn terus berjalan di jalan yg benar, dijalan yg diredhai Allah S.W.T. Amin ya Robbal Alamin.

Bismillahirrohmanirrohim..Let's begin!!

No comments:

Post a Comment