Tuesday, 2 February 2016

The Untold Stories of Makkah (Part I)

 
Makkah adalah negeri yang mulia dan tanah haram yang agung ini mempunyai banyak nama, seperti Massasah, Al-Hatimah, Al-Haram, Shalah, Al-Basah, Ma’az, Ar-Ra’as, Kuusa dan banyak lagi. Allah SWT sendiri memberi nama kota ini dengan 5 nama, yaitu Makkah, Bakkah, Al-Balad (kota), Al-Qaryah (negeri), Ummul Qura (ibu negeri).

Makkah dan Madinah disebut “Haramain” (dua tanah haram). Disebut haram kerana di tanah itu diharamkan melakukan perbuatan-perbuatan yang jika dilakukan di tanah lain hukumnya boleh-boleh saja. Contohnya berburu, seseorang yang berada di tanah haram tidak boleh berburu atau membunuh binatang yang mana di tempat selain tanah haram diperbolehkan dan tidak bermasalah. Selain itu, ia juga memiliki arti bahawa orang-orang kafir atau non-muslim tidak boleh memasuki wilayah ini.

Haramain adalah tempat yang mana Dajjal tidak dapat memasukinya. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa menjelang hari kiamat, Dajjal akan datang untuk menyebarkan fitnah, membuat kerosakan dan mengkafirkan manusia. Hal ini disebutkan dalam kitab Shahih Al-Bukhari bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada satu negeri pun kecuali dia akan diinjak tanahnya oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Sebab, tidak ada satu celah pun di antaranya kecuali di sana ada malaikat yang berbaris menjaganya”. (H.R Al-Bukhari)

            Empat Astonaut Rusia (Andrey Borisenko, Alexander Samokutyaev, Anatoly Ivanishin dan Anton Shkaplerov) menceritakan pengalaman selama berada di luar angkasa dengan penemuan yang menghebohkan dunia apabila terakam Makkah dan Madinah sebagai dua kota yang paling bersinar di dunia. Manakala astronaut dari Amerika keturunan India, Sunita Williams bukan saja menggambar terangnya Makkah dan Madinah tetapi juga menangkap suara azan ketika gelombang suara dari bumi tidak mampu merambah luar angkasa.

            Allah SWT telah menetapkan Makkah sebagai tanah haram semenjak Allah menciptakan langit dan bumi. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA berkata, “Tatkala Allah SWT memberikan kemenangan kepada Rasul-Nya SAW dengan menaklukkan kota Makkah, lalu Rasulullah SAW berdiri dihadapan orang-orang kemudian beliau mengucapkan Alhamdulillah dan memuji asma Allah, lalu bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah menghalangi tentera bergajah masuk ke Makkah dan Allah SWT telah menaklukkan Makkah untuk Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman dan sesungguhnya tidak dihalalkan bagi orang sebelumku untuk menyerbu Makkah, hanya dihalalkan satu saat saja khusus untukku pada hari ini dan sesungguhnya tidak dihalalkan lagi untuk siapa pun setelahku. Maka dilarang mengusir haiwan buruannya, dilarang memotong tumbuh-tumbuhannya dan barang yang tercicir tidak halal dipungut kecuali bagi orang yang berniat mencari pemiliknya. Dan siapa yang keluarganya mati dibunuh, maka mereka mempunyai dua pilihan; menerima diyat (denda 100 ekor unta) atau qishash”. (Muttafaq alaih)

            Keharaman Makkah mempunyai batas-batas yang diletakkan pertama kali oleh Nabi Ibrahim AS yang ditunjukkan oleh Malaikat Jibril. Batas-batasnya adalah:
1.     Arah Barat, jalan Jeddah-Makkah, di Asy-Syumaisi (Hudaibiyah), yang berjarak; 22 km dari Ka’bah.

2.     Arah Selatan, di Idha’ahiben, jalan Yaman-Makkah untuk yang datang dari Tihamah, yang berjarak; 12 km dari Ka’bah.
3.     Arah Timur Laut, jalan Ji’ranah dekat dari kampong Syara’I Al-Mujahidin, berjarak; 16 km dari Ka’bah.
4.     Arah Utara, batasnya adalah Tan’im, yang berjarak; 7 km dari Ka’bah.

Bila seseorang yang merasa ketakutan memasuki kota ini, maka ia akan merasa aman dari segala keburukan. Para ulama bersepakat (ijma) akan hal, barang siapa yang berbuat keburukan/jenayah di tanah haram, maka ia tidak akan mendapatkan rasa aman kerana ia telah merosakkan kehormatan tanah haram. Adapun apabila seseorang melakukan keburukan/jenayah di luar kawasan ini kemudian ia mencari suaka ke tanah haram, maka haruslah bagi setiap muslimin memboikot orang tersebut sehingga orang itu keluar dari tanah haram, lalu dilaksanakan hukum terhadap orang tersebut. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas RA, ia berkata: “Siapa yang melakukan suatu tindakan kejahatan, kemudian datang ke Baitullah agar mendapat perlindungan, maka dia aman dan tidak dibenarkan bagi kaum muslimin memberi hukuman padanya, hingga dia keluar dari tanah haram dan apabila dia telah keluar, maka dibolehkan menghukumnya”.


Sumber:
Teguh Sutanto, The Untold Stories of Makkah: Misteri-Misteri Kota Makkah dan Madinah, Jogjakarta, 2013